Articles

Penilaian Geran RACE Fasa 2 2013/2015

Hits: 4942

 

Penilaian RACE

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan RACE Kali Ke-2 (Bil.2/2013) Fasa 2 2013/2015 yang diadakan pada 27 November 2013 telah bersetuju memperakukan permohonan geran RACE Fasa 2 sebanyak 161 projek dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM7.766 juta. Jawatankuasa RACE juga setelah meneliti komen panel penilai pada permohonan yang tidak disokong (not recommended), bersetuju memperakukan 4 projek (1 dari UMP, 1 dari UPNM, dan 2 dari UNIMAP) untuk dibuat pindaan dan dimasukkan dalam senarai projek yang disokong (recommended). Dengan keputusan tersebut, bilangan keseluruhan yang dipersetujui untuk diperakukan ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebanyak 165 projek yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM7.964 juta. Perbentangan keputusan geran RACE Fasa Kedua ini juga telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPTA Malaysia kali ke-31 di UTHM pada 12 Disember 2013.